HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Artis Malaysia

“Silap saya tak pandang serius penyakit ini” – Dato Jalaluddin Hassan Masuk Hospital

admin by admin
June 24, 2023
in Artis Malaysia, Gosip
0 0
0
“Silap saya tak pandang serius penyakit ini” - Dato Jalaluddin Hassan Masuk Hospital
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon veteran berbakat besar , Datuk Jalaluddin Hassan, 69, baru – baru ini telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing.

Dia mengakui telah menahan sakit sejak seminggu lalu tetapi hanya mendapatkan nasihat daripada anak saudaranya yang juga merupakan seorang doktor.

Namun sakit yang dialami tidak hilang sepenuhnya sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital kerana merasa sakit dan bimbang tentang perkara tersebut menjadi lebih teruk lagi.

Pihak hospital juga bakal melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada penyakit lain yang timbul ekoran jangkitan yang terjadi kepadanya itu.

“Rupanya penyakit begini kena pergi ke hospital bukannya hanya buat rawatan biasa. Kemuncaknya Ahad lalu sakit ini menyerang semula sehingga saya perlu ke hospital.

Semakin Pulih

“Keadaan saya semakin pulih. Cuma doktor akan terus pantau dan melakukan beberapa prosedur rawatan lanjut , ini termasuk mengambil sampel darah untuk mengesan jika ada penyakit lain yang timbul susulan jangkitan itu.

“Selain sakit pada bahagian pinggang dan berasa pedih setiap kali nak kencing, usus saya juga tidak selesa. Keadaan itu agak mengganggu apabila saya hendak buang air besar,” katanya.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu , doktor telah menyarankan supaya pelakon terkenal itu menerima rawatan susulan dan berehat dihospital seketika sehingga keadaannya stabil.

“Kalau ikutkan, hari ini juga saya ingin keluar. Tetapi doktor tidak izinkan kerana keadaan saya masih belum stabil , berjalan pun masih terhoyong-hayang. Saya juga pakai tag merah yang bermaksud tidak dibenarkan untuk discaj,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengakui kesal kerana memandang ringan mengenai penyakit itu sehingga menjadi lebih teruk kerana terlalu memikirkan kerja.

“Silap saya juga kerana tidak memandang sakit ini secara serius. Anak saudara saya sudah minta saya ke hospital tetapi saya kata padanya saya masih banyak kerja perlu diselesaikan.

“Dia agak kecewalah dengan saya kerana penyakit-penyakit seperti ini tidak boleh hanya dirawat dengan makan ubat kerana itu hanya sementara,” katanya.

Jalauddin sempat memohon peminat dan mereka yang mengenalinya agar mendoakan kesejahteraan serta diberi kesembuhan segera dan pulih seperti sedia kala.

BACA INI : Bekas Isteri Dakwa Cat Farish Tak bayar Hutang RM10K

Ramai rakan artis datang melawat beliau dan memberikan kata -kata semangat dan doa agar pulih secepatnya agar dapat berkarya lagi selepas ini.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist