Pelakon jelita , Sherry Ibrahim , 40 baru – baru ini juga ditanya soal jodoh sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya namun masih menjawab dengan baik demi menjaga hati orang sekeliling.
Walaupun sudah beberapa kali bercinta dengan selebriti yang berjaya menambat hatinya namun masih belum bertemu jodoh yang membawanya ke jinjang pelamin sehingga kini .
Namun Sherry tidak pernah berasa hati dan turut berasa malah berkongsi rasa gembira apabila ramai rakan artis dan juga keluarga terdekat yang sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai zuriat.
Sherry ketika ditanya soal perkahwinan menjelaskan yang dirinya bukan tidak mahu berkahwin atau kecewa dalam percintaan tetapi masih belum bertemu jodoh yang sesuai dengannya.
Malah mengakui kehidupannya kini masih lagi terisi dengan banyak aktiviti dan tetap gembira menempuhi hidup bersendirian tanpa pasangan disisinya.
Bertemu Jodoh
Kenyataan itu bukanlah membuktikan yang dirinya senang bersendirian sehingga kehari tua tetapi Sherry masih lagi mampu hidup sendirian namun pasti akan bertemu jodohnya nanti.
Sherry juga akan berkongsi perkara gembira tersebut kepada orang ramai jika sudah mempunyai teman hidup dan bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
Dia mengakui kurang selesa apabila berbicara tentang perihal peribadi kepada media dan orang ramai kerana tidak mahu memberikan harapan lalu menghancurkannya.
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Pernah ditanya kerana berat badannya yang turun secara mendadak sehingga membuatkan peminat risau , Sherry mengakui dirinya menjaga pemakanan dan juga sering bersenam untuk mendapatkan berat ideal.
Tetapi pernah mengalami penurunan berat secara mendadak kerana terlalu sibuk bekerja dengan aktiviti harian yang penuh sehingga tidak ada selera makan.
Tidak mahu terlalu kurus , Sherry mengakui dia mengawal pengambilan karbohidrat tetapi masih bertenanga sepanjang hari untuk melakukan aktiviti riadah.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
BACA INI :Individu Dedah Punca Syamsul Tak Mahu Ceraikan Puteri Sarah
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” katanya.