Pelakon dan pengacara tv , Serina Redzuawan kini hilang hak penjagaan anak keduanya, Isabella Saffiya selepas hak tersebut telah diberikan kepada bekas suaminya Gavin Edward O’luanaigh oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Menurut sumber yang dipercayai , peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin menjelaskan bahawa mahkamah membuat keputusan tersebut selepas menemu bual Isabella .
Isabella yang kini berusia 12 tahun telah membuat kenyataan dan memilih untuk tetap tinggal bersama ayahnya selepas segala perbincangan dibuat bersama peguam.
“Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya selama hampir 30 minit selain turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami,” kata peguam.
Tak Pernah Tinggal Bersama
Difahamkan bahawa hak penjagaan kekal anak perempuan Serina sebelum ni adalah miliknya namun Serina tidak pernah mengambil Isabella tinggal bersamanya.
Perkara tersebut telah membuatkan kedua anaknya kini dibawah jagaan kekal bekas suaminya , Gavin dan Serin masih diberi hak lawatan mengikut arahan makhamah.
“Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan kedua-dua anak tersebut Tristan dan Isabella kini diberikan kepada Gavin dan Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” jelasnya panjang lebar.
Semasa proses makhamah berlangsung , Serina dikatakan tidak hadir ke mahkamah walaupun surat saman telah diserahkan kepadanya dan tiada maklumbalas daripadanya kepada pihak bekas suaminya itu.
Sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak Serina dan bapanya , Chef Wan dan nampaknya Serina memilih unutk mendiamkan diri dan menerima keputusan makhamah dengan hati yang terbuka.
Terdahulu , Gavin menuntut hak penjagaan kekal terhadap Isabella dengan alasan Serina berkahwin lain serta kerap berpindah tempat tinggal dan sukar menjalankan tanggungjawab kepada anak mereka.
BACA INI :Hidayah Kongsi Video Keadaan Rumah Abam
Seorang lagi anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, sebelum ini sememangnya sudah dibawah jagaan kekal bekas suaminya dan anak tersebut tidak mempunyai keluhan tentang perkara tersebut.