Ungku Ismail kini tampil menjelaskan tentang isu yang sedang tular tentang hubungan dirinya dengan Nad Zainal yang sedang sakit dan menerima rawatan.
Bermula daripada perkongsian daripadanya agar mendoakan rakannya sekerjanya itu agar dipermudahkan urusan apabila terpaksa dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Sentiasa berkongsi keadaan terkini tentang sahabatnya itu , ramai yang mula salah anggap tentang hubungan mereka malah ada yang mendakwa dia mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri disaat sahabatnya itu sedang sakit.
“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.”
“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya,” katanya.
Dia merasa tidak senang apabila ditanya tentang hubungan mereka dan bukannya tentang keadaan Nad yang sedang bertarung nyawa untuk pulih sepenuhnya.
Kecewa
Malah perkara ini pasti melibatkan pihak keluarganya dan keluarga Nad yang sememangnya sedang bersedih dengan kesihatan Nad yang belum pulih sepenuhnya.
“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.”
BACA INI :Tiada Niat Buka Aib Fatin Afeefa , Adam Shahz Cuma Mahu Pertahankan Hak
“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.”
“Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” katanya.
Disebabkan itu , dia sudah tidak mahu lagi berkongsi apa- apa tentang Nad di media sosial kerana mengakui kecewa dengan sikap netizen dan media yang suka memutar belitkan fakta.
Ungku juga berharap orang di luar sana lebih prihatin dan menjaga sensitiviti orang lain agar tiada hati yang tersakit disebabkan penulisan yang tidak berasas seperti yang tular di media sosial.
“Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.”
“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya yang memohon agar semua pihak terus mendoakan aktres tersebut.” – jelasnya Ungku panjang lebar.