“Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak.” – Dato Nash Mohon Doa Orang Ramai

Bekas vokalis kumpulan Lefthanded iaitu Dato Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash Lefthanded baru – baru ini berkongsi tentang keadaannya yang kini sukar untuk bergerak.

Beliau malah memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali pulih secepatnya selepas mengalamau kekejangan dan membuatkan dirinya tidak boleh berdiri seperti biasa.

Menerusi perkongsiannya di media sosialnya , penyanyi berusia 63 tahun itu meceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan sejurus pulang dari Sarawak.

Kejadian berlaku terlalu pantas semasa beliau sedang bersiap untuk bersiap dan ketika berwuduk beliau mengalami kekejangan sehingga menyababkan dirinya sukar untuk bergerak dan terpaksa dibantu oleh anaknya .

“Semalam saya balik dari Sarawak terus pergi jemputan perkahwinan anak kawan saya di Mindef KL. Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.”

“Namun siapa sangka, ketika berwuduk untuk menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba sahaja dia mengalami kekejangan sehingga sukar bergerak. Susulan daripada itu, Nash telah meminta bantuan anaknya untuk memapahnya.”

Kaki Tak Bole Gerak

“Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak.

Selepas menunaikan solat , Nash telah meminta anaknya dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam unutk mendapatkan rawatan kerana bimbang perkara tersebut berlarutan.

Malah Nash telah menerima suntikan bagi melegakan kesakitan namun masih merasa sakit dan tidak mampu berjalan seperti biasa .

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun.” – jelasnya lagi.

BACA INI :Ogy Ahmad Daud Kongsi Berita Gembira

Nash berharap agar orang ramai mendoakan dirinya kerana masih banya perkara yang perlu diselesaikan dan dia juga akan berhati – hati pada akan datang agar tidak tercedera buat kali kedua.

Leave a Comment