Selepas Kantoi Curang Shakira Dan Pique Berpisah

Selepas 12 tahun hubungan Shakira dan Pique telah berpisah setelah satu laporan media tentang Gerard Pique telah curang dengan wanita lain.

Pasangan yang hidup bersama selama 12 tahun dan mempunyai dua cahaya mata itu membuat kenyataan secara rasmi mereka berpisah menerusi sebuah akhbar harian Sepanyol El Periodico.

Kami dengan rasa kesal mengesahkan bahawa kami berpisah. Demi kesejahteraan anak-anak yang menjadi keutamaan, kami memohon semua pihak memberi privasi kepada kami. Terima kasih atas kerjasama anda.

Khabar angin juga mengatakan kedua-dua selebriti itu tidak lagi tinggal bersama.

Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki iaitu Milan, 10, dan Sasha, 8, dan mengekalkan kediaman di Sepanyol.

Leave a Comment

Share Artikel Ini