Selepas bertunang baru – baru ini , pendakwah bebas, Da’i Syed menyatakan dirinya bakal melangsungkan pernikahan pengacara, Hana Ismail dalam waktu yang terdekat.
Namun begitu , Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi pernikahan mereka dan dirahsiakan dariapda media .
Tetapi tarikh tersebut bakal diwarwarkan kepada media dan akan mengumumkan tarikh tersebut dalam masa terdekat kerana sudah bersedia berumah tangga.
“Buat masa ini saya terpaksa rahsiakan dulu. Namun, saya akan maklumkan kepada semua nanti.”
“Salah satu sebab saya izinkan kak Umie (Datin Seri Umie Aida) untuk berkongsi berita pertunangan saya dan Hana kerana tarikh pernikahan kami sudah semakin hampir,” katanya
BACA INI :Penampilan Terbaru Fathia Latiff Jadi Bualan Ramai
Melalui pengakuan daripada Syed, majlis pertunangannya dengan Hana telah berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, namun baru dikongsikan Umie di Instagram semalam.
Pertama Kali Bertemu
“Perkenalan kami sangat singkat iaitu lebih kurang dua minggu saja. Kami bertemu dalam sebuah majlis ilmu. Sepanjang terbabit dalam majlis ilmu itu kami tidak pernah berbual cuma selalu terserempak tapi entah bagaimana saya mula jatuh cinta dan beritahu kepada kak Umie dan bertanya adakah dia sudah dimiliki.”
“Kak Umie beritahu dia masih solo. Jadi, saya pun beritahu kepada ibu saya mengenai perkara ini dan Alhamdulillah ibu merestui untuk saya mendekatinya.”
“Ketika sesi taaruf (berkenalan) dengan Hana yang berlangsung selama sejam, kami mula berkenalan. Kemudian Hana meminta tempoh tujuh hari untuk dia membuat keputusan dan selepas itu barulah dia mengajak keluarga saya bertemu keluarganya,” ceritanya sambil tersenyum,
Syed bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan dan kini sudah sibuk dengan persediaan untuk berumahtangga .
Sebelum ini , Syed pernah pernah berkongsi bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka kerana belum ada kepastian.
Malah ketika itu dia hanya memaklumkan majlis pertemuan dua keluarga itu hanyalah sekadar pertemuan perkenalan selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana.