Baru – baru ini tular tentang kemelut rumahtangga ramai selebriti Malaysia yang didakwa curang malah ada yang berkahwin lain serta menceraikan isterinya demi orang ketiga.
Disebabkan perkara itu menjadi perbualan ramai , kini Adira juga diminta unutk mengulas mengenai krisis rumahtangga yang semakin menjadi – jadi sekarang.
Namun Adira tidak mahu memanjangkan isu tersebut malah berdoa agar sesiapa yang terlibat dalam perkara tersebut dipermudahkan urusan mereka kerana setiap orang punya dugaan masing- masing.
‘Semoga dipermudahkan untuk sesiapa saja yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, Setiap orang lain dugaannya,” doa Adira kepada mereka yang terlibat dalam isu tersebut.
Adira yang sudah lapan tahun hidup bermadu mengaku mempunyai banyak pengalaman sepandajng perkahwinannya dengan suami namun segalanya sudah berlalu dan dipermudahkan.
Malah mengakui dirinya kini lebih memberikan fokus kepada anak – anak yang sedang tumbuh dewasa dan memerlukan kasih sayang daripadanya dan suami.
Dia juga sentiasa memastikan keharmonian dalam hubungan mereka supaya tiada perselisihan faham berlaku agar hubungan berjalan lancar dan terperlihara selamanya.
Berfikiran Matang
Faktor usia dan tanggungjawab juga memainkan peranan peting dalam kehidupan mereka kerana lebih berfikiran terbuka dan matang dalam melalui perhubungan yang lebih baik demi masa depan bersama.
“Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.”
“Saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja.”
“Kita makin lama makin tua. Sekarang saya nak kehidupan yang tenang saja,” katanya.
Sebelum ini , Adira telah memuat naik sebuah video mesra bersama madunya , Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial dan mendapat pujian orang ramai.
Melalui perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.
Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.
“Dalam sesuatu perhubungan, bukan seorang saja yang perlu mengalah sebaliknya kedua-dua pihak memainkan peranan. Malah suami juga harus bersikap adil dan tidak melebihkan sesiapa,” tulisnya.
BACA INI :“Bukan semua orang okay kat di dunia,” – Liyana Jasmay
Sekadar info , Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6 , Asan, 5 , Anggun, 4 ,dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.