“Sekarang Ini Banyak Yang Janji Mulut Je ,”- Rusdi Ramli Kongsi Perkembangan Terkini

Setelah lama tidak muncul dalam mana- mana filem atau drama , Rusdi Ramli yang terkenal sebagai pelakon berbakat dengan memenangi pelakon lelaki terbaik Dalam FFM ke 20.

Rusdi yang ditemui berkongsi bahwa kehilangannya daripada industeri kerana sudah tidak menerima sebarang tawaran dalam lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.

Dia yang mengakui dirinya merasa bimbang kerana tidak mempunyai  pendapatan lain dan selain belakon dan itu membuatkan dirinya khuatir jika tidak mempunyai pendapat pada masa hadapan.

“Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan),” katanya

BACA INI : Lisa Surihani Sentiasa Berdoa Agar Penghijrahan Dipermudahkan

Walaupun dia sudah pernah mengarah namun itu tidak menghalang dia menjadi pelakon kerana ianya adalah kerjayanya dan sangat senang dengan bidang yang diceburinya.

Masih Dapat Tawaran 

Namun bersyukur kerana masih mendapat tawaran berlakon dan dia kekal relevan walaupun sudah berusia dan tetapi menjadi pilihan produksi kerana bakatnya.

“Akan datang ada , tapi sekarang ini yang banyak janji mulut , yang tangguh pun banyak juga.”

“Masih ada lagi orang panggil saya berlakon , kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.”

“Tapi bagusnya mereka akan tanya , masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih berlakon.”

“Mungkin sebab persepsi berbeza tapi Alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun , Rusdi sempat menyangkal dakwaan bahawa dirinya terlalu memilih karya sehingga menyebabkan namanya sudah tidak menjadi pilihan penerbit lagi.

“Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international , Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah,” tambahnya.

Rusdi kini sedang menjalani penggambaran drama terbaru dan bakal muncul menemui penonton dalam masa terdekat .

Leave a Comment