Setelah lama tidak muncuk dalam industri seni tanah air , kini Najwa Latif menjadi sorotan media apabila kembali aktif di media sosial miliknya .
Dia yang sering berkongsi aktiviti bersama pengikut dan juga menghiburkan peminat dengan menyanyikan lagu buat pengikutnya.
Walaupun sudah lama tidak beraksi di pentas besar namun suaranya masih merdu dan menjadi kegemaran orang ramai kerana kelunakkannya.
Najwa yang pernah menjadi fenomena sewaktu awal kemunculannya dulu , pernah popular dengan lagu seperti Cinta Muka Buku, Kosong, Untuk Dia dan banyak lagi.
Malah lagu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertamanya telah meledak sehingga membawanya ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 pada usianya 16 tahun.
Sejak mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya , Najwa sudah tidak lagi muncuk di kaca televisyen dan senyap dari industri tanpa publisiti dan berita tentang dirinya.
Kini , penyanyi berusia 27 tahun itu sudahpun mempunyai pekerjaan tetap apabila bergelar pensyarah di salah sebuah Institut Penganjian Tinggi (IPT) di Malaysia dan mengakui dirinya sangat suka dan selesa dengan kerjayanya itu.
Sering membuat live di Ig miliknya , Najwa banyak menghabiskan masa berborak dan berkenalan dengan peminatnya di live tersebut.
Tidak Mahu Bertanding
Malah pernah ditanya adakah dia tidak berminat untuk menyertai pertandingan nyayian seperti Gegar Vaganza untuk menaikkan kembali namanya.
NAmun Najwa menjawab bahawa dirinya tidak akan pernah menyertai pertandingan seperti itu kerana ianya mempunyai komitmen yang tinggi dan akej yang lengkap.
Tidak mahu mengambil risiko yang tinggi demi menaikkan nama sendiri , Najwa lebih selesa dengan caranya sendiri.
“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.”
“Saya sedar suara saya biasa je dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya lagi.
“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.”
Walaupun tidak popular dan penuh kontroversi seperti artis yang lain , nama Najwa masih lagi melekat di hati peminatnya dan masih mempunyai ramai pengikut di semua aplikasi media sosial.
BACA INI : Penampilan Terbaru Hael Husaini Jadi Bualan Ramai
Sebelum ini , Najwa sudah mengeluarkan single terbaru dan mendapat sambutan daripada orang ramai dan itu pun sudah membuatkannya berpuas hati kerana masih diingati dan menjadi pilihan .