Penyanyi yang berbakar besar Syafiq Farhain, 29 dilihat tidak pernah berkongsi hal peribadi sejak kemunculannya dalam dunia seni dan mempunyai sebab tersendiri mengapa bertindak sedemikian.
Syafiq menjelaskan yang dia membuat keputusan seperti itu kerana isterinya , Alia mengatakan dirinya tidak selesa dan tidak berminat untuk terdedah kepada media .
Menghormati permintaan isteri tercinta , Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim mengakui yang dirinya juga sebenarnya tidak terlalu selesa apabila berkongsi hal peribadi kepada orang ramai.
Tak Berminat Dedah Hal Peribadi Kepada Media
“Sebenarnya hal peribadi saya kurang sedikit nak dedah. Satu lagi, ‘orang rumah’ saya sendiri pun memang dia tak berminat sangat. Masuk Instastory sayakah, masuk ‘feeds’ sayakah.”
“Tak apalah, saya okay saja. Lagi bagus sebenarnya macam itu. Dia beritahu tak payahlah kalau saya nak buat Instastory atau apa. Dia sendiri suruh padam,” katanya .
Malah tidak mahu isterinya menjadi mangsa buli atau komen negatif daripada netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain tanpa sebab yang munasabah.
Walaupun begitu , dia pernah berkongsi foto bersama isteri sebelumnya dan orang ramai yang ingin mengenali isterinya bolehlah membuat carian di media sosial.
“Sebenarnya pernah saja (tunjuk isteri), ada dalam surat khabar pun. Kalau nak tengok terpulanglah nak cari sendiri. Tapi itulah orang kan kalau sudah pegang ‘keyboard’ adalah jadi macam ‘body shaming’.
“Saya tak suka hal itu. Takut nanti kalau terbaca apa mereka kata walaupun tak ada apa-apa pun. Tapi bila sudah mengata, rasa tak senanglah. Kalau boleh kita bersederhana saja,” katanya.
Melalui perkembangan terkini , Syafiq kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya tidak lama lagi dan sangat teruja untuk menjadi ayah.
Kandungan isterinya sangat stabil dan bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dari awal kehamilan isterinya sehingga sudah berusia lapan bulan.
“Insya Allah, selepas Aidilfitri bersalin. Sekarang ini sudah lapan bulan. Berdebar juga, bila kita sentuh (kandungan), asyik kena tendang saja.
“Setakat ini, semuanya okay saja tak ada masalah sangatlah, alahan pun tak ada sangat, normallah. Tak ada mengidam pelik-pelik lagi,” katanya.
BACA INI :“Nabila Masih Isteri Orang,”- Sharnaaz Mohon Netizen Agar Tidak Keterlaluan
Sekadar info , Syafiq berkahwin dengan Alia yang juga pengurusnya pada 10 Oktober 2021.