Gosip Artis

Scha Banyak Berubah Sejak Hamil Anak Kedua, Awal Risau Dengan Perangai Scha

SCHA Banyak Berubah Sejak Hamil Anak Kedua, Awal Risau Dengan Perangai Scha – Pengacara dan pelakon Awal Ashaari berkongsi mengenai keadaan isterinya yang juga seorang pelakon Scha Alyahya yang kini masih mengalami alahan teruk walaupun sudah melepasi tiga bulan pertama kehamilan.

Awal atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari,39 berkata kelakuan isterinya juga tidak seperti kebiasaan ketika hamil. Awal telah mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 2012 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

“Kehamilan dia untuk kali kedua ini agak teruk berbanding semasa hamilkan Lara. Jika masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan pertama dia dah okey. Namun sehingga kini dia masih muntah – muntah, perut berangin dan lenguh badan.

“Harap-harap alahan ini tidaklah berpanjangan sehingga sembilan bulan. Scha ni kalau hamil memang dia berubah menjadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam.

“Semasa tiga bulan pertama kehamilan, Scha langsung tidak sentuh handphone dan jika dia tengok TV juga, dia akan tutup suara. Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,” kata Awal.

Sekarang, jika kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang tersebut adalah hadiah daripada adik dia. Sekain itu, Awal juga mendedahkan bahawa Lara Alana kini masih dalam proses untuk menerima kehadiran adik baharu. Lara juga pernah tanya kepada Awal, jika baby keluar nanti akan beli mainan dan baby ada bilik sendiri tak?

“Malahan, Lara juga melarang adik dia dinamakan dengan mula huruf L atau mengguna nama Lara. Lara banyak bertanya dan memastikan semua benda itu tidak perlu kongsi.  Buat masa sekarang ini, saya dan Scha lebih manjakan dan sayang dia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker