“Saya terduduk dan terkejut bila dapat tahu anak ditangkap , “- kongsi Noralbaniah

Pelakon , Noralbaniah berkongsi tentang rasa kesal dan tekilan dengan kejadian yang pernah menimpa anaknya , Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah tahun lalu.

Dia mengaku terkesan dengan perkara itu namun sudah menerima perkara itu dengan hati terbuka kerana segalanya sudah berlaku dan menjadi ujian buatnya sekeluarga.

“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga. Tapi apa yang terjadi ini, saya terima dan saya reda.
“Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang itu lebih baik di kemudian hari , ada orang yang menghukum saya, tapi saya terangkan begini, anak saya bukan berusia 18 tahun, kalau 20 tahun ke bawah, saya boleh tegur dia.”

“Saya hanya dapat tahu berita penangkapan Syarra melalui wartawan berkenaan , bayangkan perasaan saya ketika itu, terduduk dan terkejut bila dapat tahu mengenainya,”ceritanya.

“Tapi dia sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam, janganlah kata saya salah didik anak , ini ujian untuk saya dan alhamdullillah saya kuat.”
“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tapi sekarang saya boleh terima dan berhadapan dengan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral semua ini. Sekarang tak boleh buat silap, semuanya naik di media sosial,” jelasnya lagi.

Sudah Bebas

Noralbaniah juga menjelaskan yang Syarra sudah bebas daripada penjara sejak Mac lalu kerana berkelakuan naik dan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang sebenar.
“Alhamdulillah dia elok saja. Saya ada pergi melawatnya di Melaka sebelum ini dan kerana dia berkelakuan baik, dia dibenarkan keluar awal iaitu sekitar Mac lalu.”
“Anak saya pun bukan calang-calang orang, dia berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi bila terjadi semua ini, saya sedih juga. Ya mungkin salah pilih kawan tapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah pun berlaku.”
“Itulah satu-satunya anak saya bersama Sudarman. Saya berkahwin dengan Sudarman hanya dua tahun dan tidak berkahwin sampai sekarang, itu orang tak tahu,” katanya.
BACA INI : Syamsul dan Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu
Sekadar info , Noralbaniah pernah berkahwin dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud Sudarman yang telah meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Syarra.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist