Penyanyi veteran , Salamiah Hassan,72 kini tampil dengan imej bertudung selepas empat bulan kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.
Salamiah mengakui keputusan dirinya untuk bertudung adalah atas kehendaknya sendiri dan tidak mahu menjadikan ianya isu besar kepada orang ramai.
Malah merasakan bahawa sudah waktunya dia bertudung kerana usianya sudah meningkat dan senang dengan keputusan yang dibuatnya itu.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai (tudung). Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar.’
“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga privasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.”
Sudah Mula Bekerja
Salamiah yang sudah habis tempoh eddah dan mula aktif bekerja menjelasakan yang dirinya lebih selesa dengan pilihannya itu dan tidak mahu perkara tersebut menjadi bualan orang ramai.
“Saya pun baru selesai tempoh edah dan nak aktif bekerja. Sekali lagi saya tegaskan saya enggan perubahan ini menjadi isu besar,” katanya.
Walaupun sudahmula bekerja namun Salamiah mengakui dirinya masih merasa sedih atas kehilangan suaminya tetapi sudah meredhai degan segala yang berlaku ke atas dirnya.
“Saya okey saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat serta teruskan kehidupan. . nak kata saya kuat, saya ini hanya manusia biasa. Pastilah masih ada rasa sedih itu.”
“Lagipun boleh ke kesedihan itu hilang begitu saja, melainkan saya sendiri yang kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan. Apa yang saya lalui sama seperti orang lain yang kehilangan insan tersayang,” katanya.
Sekadar info ,Salamiah telah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya Hughes pada 1 September 2022 selepas 35 tahun hidup bersendirian.
BACA INI :“Saya juga tidak perlu semua orang suka pada saya”,- Misha Omar
Namun pada 4 November 2022 , Salamiah sekeluarga telah dikejutkan dengan pemergian suaminya akibat kanser kolon di Tasmania, Australia.