Terdahulu pelakon , Fasha Sandha telah mengalami cedera yang teruk dibahagian muka sehingga menyebabkan dirinya perlu berehat sebentar daripda dunia lakonan.
Namun kini Fasha sudah sembuh sepenuhnya dan kembali aktif dalam kerjayanya dan meneruskan penggambaran drama terbarunya Anak Tuan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Pengalaman cedera semasa penggambaran dilakukan membuatkan Fasha lebih berhati – hati agar tidak megalami kecederaan lagi pada masa akan datang.
Disebabkan pengalaman tersebut , pelbagai pendapat telah dilontarkan kepada kepadanya dan produksi yang terlibat termasuklah pendapat daripada Datuk Fizz Fairuz.
Positif
Fasha hanya menerima pendapat tersebut daripada sudut positif dan tidak mahu memanjangkan kisah tersebut kerana Fizz adalah sahabatnya juga dan pernah berlakon besama dalam satu drama.
“Datuk Fizz adalah sahabat rapat saya. Saya tak tahu maksud dia apa, tapi, mungkin dia cuma berikan pendapatnya supaya selepas ini tidak lagi berlaku kecelakaan di set penggambaran.
“Saya terima pendapatnya dan melihat dari sudut positif. Begitu juga dengan semua pendapat yang lain kerana saya tahu, setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri,” katanya.
Bukan itu sahaja , Fasha juga berpendapat yang kemalangan tersebut telah membuka mata para pelakon dan pasukan produksi bagi sudut keselamatan di set penggambaran agar selamat untuk berkerja.
“Hikmah daripada apa yang berlaku adalah, ia menimbulkan kesedaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dan pastikan kawasan penggambaran selamat”.
“Selama ini, saya tak kisah sebab ada orang yang akan memeriksa dari sudut keselamatan. Mungkin selepas ini, saya akan periksa sendiri. Sebab itu saya tak salahkan sesiapa sebab saya anggap ini dugaan kecil,” katanya.
Mengenai hubungannya dengan Azhan Rani selepas kejadian itu berlaku , Fasha mengakui dia tidak pernah menyalahkan Azhan atas apa yang berlaku dan masih meneruskan tugas mereka sebagai pelakon yang profesional.
Malah sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Azhan selaku pelakon yang sangat berpengalaman dan diminati oleh Fasah unutk bekerjasama selama ini.
“Saya tak salahkan Azhan atas apa yang berlaku. Saya sangat meminati lakonannya. Dia cakap, janganlah serik untuk bekerja dengannya lagi selepas ini. Saya pun beritahu perkara sama.”
“Mungkin pada ketika itu, kami menjiwai watak kami. Lagi pula, itu adalah kali pertama kami berlakon bersama dan memang saya sendiri pun mengimpikan peluang untuk berlakon dengannya. Jadi, kami nak berikan yang terbaik,” katanya.
BACA INI :Tini Ariffin Hidap Kanser Tahap Pertama
Fasha kini sedang sibuk dengan pelbagai acara bagi bulan Ramadhan yang bakal menjelma dan juga menjadi model untuk baju kurung serta tudung jenama terkemuka.