“Saya Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak Sakit ,”- Fasha Sandha

Pelakon cantik , Fasha Sandha kini dilihat tampil kurus dengan bentuk badan yang langsing sehingga mendapat perhatian ramai dan ada yang mahukan tips daripadanya.
Namun dia dipuji kerana mampu menjaga bentuk badannya walaupun sudah beranak pihak dan kelihatan muda dengan usianya sekarang.
Banyak berkongsi gambar dan aktiviti di media sosial miliknya , Fasha asyik menerima kata – kata positif daripada peminatnya teta[i ada juga yang seperti tidak suka dengan perubahan tubuh pada Fasha.
Malah ada yang mengatakan dia melakukan pembedahan Bariatrik kerana mahu mendapat tubuh yang langsing dalam masa yang singkat tanpa perlu bersusah payah unutk kurus.
Disebabkan kenyataan itu , Fasha sudah mengambil tindakan kepada pelaku tersebut dan individu tersebut sudah tampil membuat permohonan maaf tentang tuduhan tidak berasas itu.

Kelihatan Seperti Orang Sakit

Baru – baru ini , seorang ndividu pula mendakwa Fasha Sandha terlalu kurus serta cengkung sehingga kelihatan seperti orang yang sakit dan tidak sihat
“Kenapa kurus sangat? Nampak macam sakit pula,” komen netizen.
Menjawab kepada soalan tersebut , Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun mengakui yang hatinya tergores kerana ramai yang asyik mengatakan dirinya sakit.
“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat,” tulis Fasha menerusi laman sosial miliknya.

Menjengah keruangan komen hantaran berkenaan , rata-rata netizen meminta Fasha untuk tidak menghiraukan komen toksik seperti itu kerana dirinya memang cantik tidak kiralah kurus atau berisi.
Terdahulu, Fasha mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
Fasha turut berkongsi dengan orang ramai yang dia hanya mengambil masakan berasaskan sayuran dan ikan sahaja dan tidak sesekali mengambil daging serta ayam dalam menu dietnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.