Penyanyi dan komposer tekenal , Ajai kini menjadi juri dalam beberapa program popular di Malaysia sering menjadi perhatian kerana sikapnya yang sentiasa serius semasa menjadi juri dalam program yang berlangsung.
Namun kini dia dilihat sudah mengikut rentak pengacara program tersebut , Elly dan juga Rina yang sentiasa memeriahkan acara tersebut dengan gelagat mereka yang bersahaja dan menghiburkan .
Pada progran siaran langsung yang bersiaran setiap hari ahad itu , Ajai dilihat bergelek dan menyanyi di atas pentas bersama pengacara program tersebut dan mencuri perhatian ramai.
“Apabila saya dipanggil untuk menghiburkan, itulah diri saya. Dengan Exist pun saya akan berhibur dengan cara saya sendiri tapi bila menjadi juri saya akan tukar personaliti,” katanya .
Semasa menyanyi bersama hos yang diterbangkan khas daripada Indonesia , Rina Nose Ajai dilihat memegang tangan pengacara tersebut semasa berjalan ke hadapan pentas .
Tidak mahu perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial , Ajai tampil mengakui yang dia tidak sengaja memegang tangan Rina dan itu berlaku secara spontan.
Mereka yang ketika itu berduet dengan menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai ,
Ajai menjelaskan yang dia menghulurkan tangan agar Rina berjalan ke depan pentas namun disebabkan Rina mengenakan ear piece dia mungkin tidak dapat menangkap signal diberikan dan terus memegang tangan Ajai dan bergandingan ke depan pentas.
“Saya pegang Rina sebelum ini secara tidak sengaja sebab dia memakai ear piece dan saya pula tiada , bila saya hulur tangan suruh dia ke depan, Rina tak dengar sebab ear piece , jadi dia pun pegang tangan saya,” ujarnya.
Berulang Lagi
Disebabkan itu ketika Ajai berkongsi pentas dengan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina , dia terpaksa menjaga jarak antara mereka kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
“Saya tak mahu pisang berbuah dua kali, kalau pegang lagi nanti orang kata saya suka pegang tangan perempuan,” jelasnya.
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, berkongsi kepada media yang dia sebenarnya boleh bergurau dan tidak terlalu serius apabila bekerja dengan orang lain .
“Saya orangnya sporting , saya menari bersama Kak Lina pun secara spontan. Benda tak dirancang dan bukannya kena paksa , takkan saya nak bawa cara sebagai juri di atas pentas, siapa yang akan tengok? Orang tak nak tengok muka ketat “- katanya lagi.
Ajai banyak diundang menjadi juri dalam program realiti TV dan juga porgram hiburan tetapi sentiasa memamerkan sikapnya yang tegas sehingga orang menyangka dia tidak mampu bergurau seperti orang lain.
BACA INI :“Saya Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak Sakit ,”- Fasha Sandha
Namun kini Ajai sudah pandai bergurau dan menghiburkan penonton dengan gelagatnya yang bersahaja dan menghiburkan orang ramai .