Sebelum ini kecoh tentang penerbit drama terkenal A. Aida telah membuat satu sidang media atas pelanggaran kontrak perjanjian. A. Aida dikatakan bakal mengambil tindakkan undang-undang terhadap Idris Khan dan juga Amelia Henderson diatas pelanggaran perjanjian itu.
Tidak berdiam diri, Amelia telah membuat satu kenyataan di akaun Instagram miliknya. Video Amelia menjelaskan situasi yang sebenar. Dia juga terkejut dengan sidang media yang telah berlangsung pada jumaat yang lalu.
Didalam hantaran video tersebut, Amelia Henderson atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson 26, semua tuduhan tersebut adalah tidak berasas.
“Saya dapat tahu pun menerusi online ketika saya bekerja. Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media atau pun penonton.”
“Saya faham tentang perjanjian kontrak itu. Tetapi saya tidak melanggar. Saya menandatangani kontrak berkenaan pada bulan Februari lalu.”
“Bila saya menandatangi kontrak itu, belum ada tarikh tetap bila produksi akan mula,”
“Bila saya sudah tanda tangan kontrak, bermakna saya akan berikan komitmen sepenuhnya. Ada sesi bacaan skrip pada bulan 12 Jun dan pada hari berkenaan masih belum ada ketetapan tarikh bila penggambaran akan dimulakan.”
“Perkara secara tidak langsung sudah lewat sebulan. Pada masa sama kami dalam perbincangan mengenai bila hari produksi akan habis sebab sudah melebihi had masa kontrak seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,”
Tambah Amelina lagi, watak dalam skrip yang diterima pada mei yang lalu tidak sama seperti ditawarkan ketika awal perbincangan dalam drama tersebut.
“Saya sebagai pelakon bertanggungjawab untuk mempamerkan contoh yang baik sebagai seorang pelakon.
“Sebagai seorang wanita saya tak boleh menjiwai watak ini dan saya tertekan. Malahan tidak seperti yang saya setuju pada hari saya diberikan taklimat. Banyak isu saya tak boleh nak ketengahkan dalam video ini,” jelasnya.
Bukan Amelia sahaja Idris Khan juga menyatakan bahawa dia tidak bersalah dalam isu ini. Dia menyatakan bahawa dia tidak gentar untuk berjumpa dengan penerbit terkenal itu.