Sharifah Zarina yang sudah lama menyepi dari dunia seni , kini menjadi perhatian ramai apabila berdepan dengan kecaman yang dilemparkan kepada anaknya yang juga seorang selebriti TikTok iaitu Athalia Deen Baswani.
Athalia yang sering bekongsi aktiviti dan momen bahagia drirnya menjadi sorotan netizen apabila dilihat berpelukan dengan lelaki dalam video Tik Tok yang dimuat naiknya baru – baru ini.
Lelaki itu dikenalpasti sebagai personaliti media sosial England, iaitu Elliot James Reay yang berada di tempat kejadian untuk membuat kontent bersamanya.
Athalia dilihat berpelukan dengan Elliot sebagai tanda bertegur sapa dan menulis kapsyen “reaksi apabila terjumpa dengan penyanyi yang selalu berduet dalam TikTok”.
Disebabkan hantaran tersebut, ramai netizen meninggalkan komen berbaur kecaman berikutan aksi Athalia yang dirasakan tidak segan silu memeluk lelaki bukan mahram dengan berpakaian seperti itu.
BACA INI : Zul Ariffin Didenda Selepas Isu Muat Naik Kandungan Bersifat Sumbang
Sudahlah menjolok mata , tidak menjaga adab pulak apabila sengaja dan merasa gembira selepas berpelukan di khalayak ramai malah menyebarkannya di media sosial untuk tatapan ramai.
Salah Petik Nama
Bukan itu sahaja , netizen sempat memetik nama Sharifah Zarina sehinggakan penyanyi lagu Langit Ke-7 itu tampil memuat naik video dengan memberikan respon mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.
Sharifah Zarina menyatakan rasa kecewa kerana netizen tersalah memetik nama artis lain dan berharap agar perkara itu tidak berlaku lagi pada masa depan .
“Saya tak kisah kalau ada yang nak bagitahu saya, anak saya dikecam atau orang kutuk anak saya ke, saya tak kisah tapi tolonglah tagged saya ya. Jangan tagged artis lain. Itu Sharifah lain, ini Sharifah lain.”
Tidak memberikan sebarang komen tentang anaknya tetapi hanya menegur netizen kerana salah memetik namanya di aplikasi popular Tik Tok.
Malah tiada maklumbalas daripada anaknya itu berkenaan perkara tersebut dan komen netizen dibiarkan sahaja tanpa membalas kecaman yang ditinggalkan di ruangan komen berkenaan.