Penyanyi dan pelakon popular , Ziana Zain mengakui tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas suaminya , Armin Zaharin berhubung perkara berkenaan anak – anak mereka.
Malah anak -anaknya sering berhubung dengan bapa mereka dan bertanya khabar tentang perkembangan semasa tanpa ada larangan daripada Ziana Zain.
Walaupun sudah berpisah dengan suaminya itu , Ziana, 55, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata yang dia tidak pernah berniat untuk memisahkan anak – anak dengan bapanya.
“Saya sudah tak ada apa-apa. Anak-anak sajalah. Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya selalu ingatkan anak-anak kalau sudah telefon ayah. Setiap minggu kena tanya ayah, apa-apa sajalah. Dia masih bapa mereka.”
Tidak mahu anaknya menjadi anak derhaka , Ziana sentiasa berpesan agar anaknya menjaga hubungan dengan ayah mereka dan menghormatinya sebagai orang tua.
“Kita dengan bapa kita pun, marah tak kita? Jangan, berdosa. Saya tak nak anak-anak saya derhaka pada ibu bapa. Kita ini contoh pada mereka. Jadi, kita jangan cakap perkara negatif pasal bapa dia, berdosa saya.
Malah berharap agar anak- anaknya menjadi suami atau isteri yang baik kepada pasangan mereka dan menjalani perkahwinan yang bahagia bila sudah berkahwin nanti.
“Saya nak anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh mereka berkekalan sampai akhir hayat,” katanya lagi.
Semuanya baik- baik sahaja
Ziana turut mengatakan yang dirinya dan suami tidak pernah mengalami sebarang isu jika ianya berkenaan urusan anak – anak dan segalanya dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Tak ada hal. Saya pula yang tanya mereka kalau tak jumpa bapa mereka berapa bulan. Saya tak nak renggangkan anak-anak. Jangan pisahkan kasih sayang, itu anak dia.
“Tak ada masalah, saya profesional. Saya okay kalau dia nak tanya pasal sekolah anak-anak. Ini hidup saya, itu hidup dia,” katanya.
Ziana juga mengakui yang dirinya sudah lama memaafkan Armin kerana mahukan hidup yang tenang di usianya itu dan tidak mahu menyimpan dendam dengan apa yang pernah berlaku kepadanya.
Namun terkadang kenangan datang menjelma tetapi Ziana hanya mengambil sisi positif dan tetap meneruskan kehidupannya dengan baik demi dirinya dan anak – anak .
“Dari dulu pun sudah maafkan kerana kalau tak beban itu kita bawa sampai akhirat. Saya tak mahu. Saya nak hati saya lapang, fikiran saya lapang, cukup.”
“Bagi saya, kenangan masih tinggal kenangan. Kita tak boleh padam. Hidup saja dengannya tapi dalam cara yang positif.”
“Hidup ini, kita tak boleh terperangkap dalam masa silam. Memang kenangan akan datang sekali-sekala, itu biasa. Tapi kena buat keputusan untuk terus maju ke depan,” katanya.
BACA INI :Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu
Sekadar info , Ziana Zain berkahwin dengan bekas suaminya pada 9 Mei 1998 dan selepas 20 tahun mereka secara rasminya berpisah apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.