Penyanyi kecil molek , Shiha Zikir baru – baru telah mengorak langkah dalam dunia perniagaan dengan berniaga dan mengakui seronok bila dapat menceburi bidang baru.
Walaupun bidang yang diceburi mempunyai banyak persaingan namun dia percaya pada rezeki Allah da tidak teragak- agak untuk menceburi bidang tersebut.
Malah Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menggunakan ilmu pendinding bagi menjaga keselamatan perniagaannya sebaliknya percaya akan kekuatan doa yang dipanjatkan kepada yang Maha Esa.
“Doa sahaja. Benda-benda itu, kalau kita buat apa pun, mesti akan ada. Saya memang serahkan semuanya kepada rezeki Allah,” katanya.
Lebih Berhati – Hati.
Namun Shiha sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan jika melalukan sesuatu tetapi akan lebih berhati – hati dalam membuat keputusan demi masa depan yang lebih baik.
“Saya memang dah bersiap sedia sejak dahulu lagi. Bukan sahaja masa bukan perniagaan tetapi juga untuk lagu, tentunya saya akan sentiasa mengharapkan agar kerja-kerja saya diterima.”
“Seperti yang saya jelaskan, saya percaya rezeki itu sentiasa ada tapi pada masa sama, kita berjaga-jaga,” ceritanya.
Bercerita tentang pergaulannya yang terbatas , Shiha akui dirinya sibuk dan sentiasa menjaga lingkungan orang yang berada disisinya untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.
Malah sangat memilih orang sekeliling yang boleh dipercayai untuk menyokong dan memberikan pandangan positif berkenaan dirinya dan kerjayanya.
“Saya kecilkan lingkungan sahabat saya dan tak terlalu ramai. Sebabnya, saya hanya memilih untuk bersahabat dengan mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur.”
BACA INI :DJ Lin Akui Selesa Bila Sudah Berhijab
“Saya tak boleh membaca fikiran orang sama ada orang itu jujur ataupun tidak, jadi saya hanya mampu berserah 100 peratus kepada Allah dan pada masa sama, menjaga lingkungan persahabatan saya,” kongsinya.