Penyanyi dan pengacara Aril Pilus yang dikenali dengan sebuah program TV bernama CCTV baru-baru ini memberitahu dia sudah tiada kerja setelah program tersebut ditamatkan.
Program CCTV tersebut telah dibangungkan olehnya selama 7 tahun namun telah ditamatkan pada bulan Ramadan lalu.
“Saya sekarang ‘jobless’. Selepas daripada Covid-19 memang cabarannya agak sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program CCTV, akhirnya program itu ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari. Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi di televisyen ketika ini.
Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah. Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.”
Dia memberikan pendapat bagaimana permainan dalam industri sudah banyak berubah. Selebriti perlu juga bersaing dalam platform digital.
“Kita tengok sekarang ini pempengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini. Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program CCTV itu tamat saya memang tak ada kerja.
Kalau kita tak mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana.”
Aril turut memberitahu bahawa dia kini sudah aktif melalui aplikasi TikTok kerana platform tersebut lebih terbuka dan mesra dengan pengguna.
“Jadi, saya mula aktif di TikTok sebab kalau tengok dalam Instagram pun permainannya dah lain. Algoritmanya pun dah berbeza. Tiktok ini lebih terbuka dan lebih mesra dengan dengan sesiapa saja.
Sama ada selebriti atau orang biasa, kalau cuba untuk dekatkan diri dengan platform itu capaiannya lebih mesra. Kalau tengok Instagram macam dah lain, dia lebih kepada bisnes korporat dan sebagainya. Tapi hantaran dan apa-apa yang keluar sama.”ang keluar sama.”