Baru – baru ini pelakon , Sharifah Sakinah tampil mempertahankan anaknya yang dibuli oleh netizen Malaysia yang asyik mengejek tentang rambut anknya.
Malah Sakinah ,34, menyatakan yang tidak mahu lagi membiarkan kaki buli semakin membiak dalam kalangan masyarakat kini yang sebenarnya sudah moden .
Dia juga mendakwan yang golongan yang suka mengejek dan membuli ini adalah individu yang bermasalah sehingga cuba mengganggu emosi orang lain dengan sikapnya yang tidak beradab.
Perkara ini menjadi tular apabila merasa terkilan selepas netizen seringkali melemparkan kata-kata kurang manis kepada anaknya, Anais, 6, di media sosial tanpa memikirkan perasaannya sebagai ibu yang melahirkan anak tunggalnya itu.
“Saya seboleh mungkin tidak mahu mencurahkan minyak ke dalam api, namun nekad bersuara dan mengambil tindakan undang-undang supaya dapat memberi pengajaran kepada individu terbabit.
“Individu yang suka melakukan perbuatan tidak baik seperti itu memang menunjukkan diri mereka bermasalah. Kalau saya layan atau marah, saya yang akan terpalit dengan masalah itu juga dan saya tidak mahu ia terjadi.
Namun tidak mahu berbalah dengan netizan di media sosial tetapi memilih untuk mengambil tindakan undang – undang kepada mereka yang terlibat agar lebih berhati – hati apabila berkongsi sesuatu di media sosial.
“Saya dalam industri media sosial ini sudah 15 tahun, jadi saya tahu ‘permainannya’ dengan sangat baik. Tujuan mengambil tindakan undang-undang itu juga untuk mengekang orang ramai daripada melakukan perkara tidak baik seperti itu,” katanya.
Semalam, Sakinah menerusi entri di Instagram (IG) meluahkan kemarahan dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek Anais berikutan tular sebuah video di aplikasi TikTok membabitkan anak tunggalnya itu bersama kakaknya, Sharifah Shahirah.
Barah Dalam Masyarakat
Dia bertindak seperti itu kerana tidak mahu perkara ini menjadi barah dalam masyarakat dan merasa bertanggungjawab dalam membanteras perkara tidak bermoral seperti itu agar tidak menjadi ikutan generasi akan datang.
Pada masa sama, Sakinah menjelaskan, dia lantang bersuara mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu ia menjadi barah dalam kalangan masyarakat, malah menganggapnya sebagai tanggungjawab.
“Saya tidak akan membunuh atau membuatkan pelaku itu meringkuk dalam penjara, cuma apa yang dilakukan adalah untuk memberi ketakutan kepada mereka supaya tampil membuat permohonan maaf.
BACA INI :“Jangan buat saya macam terdesak sangat nak ‘job’”,- Adam Corrie
“Saya sudah lama tidak meluahkan emosi seperti itu di IG sebab keutamaan ketika ini adalah untuk mencari ketenangan. Kalau ada orang hentam memang saya tidak akan balas sebab ia akan lebih mengeruhkan keadaan.