“Saya Sangat Penat, Saya Tak Dapat Buat Keputusan Dengan Baik” – Sandra Bullock mengalami Syndrome “Burnt Out”

Sandra Bullock seorang selebriti Hollywood yang sangat dikenali telah mengumumkan bahawa dia akan berehat dari menerima mana-mana tawaran berlakon.

Sandra Bullock atau nama sebenarnya Sandra Annette Bullock 57, telah menyatakan didalam wawancara dirancangan The Hollywood Reporter bahawa dia akan mengurangkan aktiviti kerjayanya dan menumpukan lebih masa untuk keluarga.

 

Kesibukkan kerjaya sebagai seorang pelakon, dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada apa yang dia ingin lakukan.

“Saya tidak mahu terikat dengan jadual kerja selain jadual saya sendiri.“Saya sangat penat. Sepanjang berlakon saya tahu saya tidak boleh membuat keputusan yang bijak dan sihat,”

“Saya sangat bertuah kerana kerja ini. Ia telah menjadi tunjang utama dalam hidup saya.

“Apa yang saya ada ini perlu dikembangkan lagi. Saya tidak tahu sehingga bila akan berehat dari dunia lakonan,”

Sebelum ini, disatu wawancara pada bulan mac yang lalu Sandra Bullock menyatakan bahawa dia meletakkan kerjaya lakonannya sangat serius untuk menjayakan filem yang bakal dilakonkan olehnya, tetapi kini dia hanya mahu sentiasa bersama dengan anak – anak dan keluarganya

Sandra Bullock telah berkahwin dengan seorang jurugambar yang bernama Bryan Randall sejak 2015 yang lalu. Sandra dan Bryan telah dikurniakan dua cahaya mata  Louis yang berumur 12 tahun, manakala anak perempuannya Laila berumur 10 tahun.

Leave a Comment