“Saya rasa juri (Aina Abdul) tak suka saya” – Farhan Shah Big Stage

Rancangan realiti TV yang menjadi bualan ramai dan rancak bersiaran di Astro Ria semalam telah meyingkirkan seorang lagi peserta yang berasal dari Singapura , Farhan Shah.

Perkara ini terjadi apabila juri tetapi , Ajai dan juga Aina telah mengambil keputusan dengan menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz.

Malah Farhan Shah yang dirinya sudah menyangka perkara itu akan berlaku sejak minggu ke lima lagi apabila dia asyik mendapat markah rendah daripada juri tetap.

Markah Rendah

Farhan juga mengakui yang dia merasa keliru dengan markah rendah yang diberikan oleh Aina Abdul kerana percaya yang dirinya tidak melakukan apa- apa kesalahan yang menyebabkan dia mendapat markah yang sangat rendah.

“Saya dah jangka yang saya akan tersingkir minggu ini,sebenarnya dari minggu lepas bila Aina bagi saya markah 39″.

“Tapi minggu lepas saya keliru kenapa dapat markah paling rendah daripada Aina, jadi saya cuba cari apa kesalahan saya, tapi saya rasa i don’t deserve 39, so daripada situ saya sudah dapat agak yang saya akan tersingkir,” kata Farhan .

Bukan itu sahaja , Farhan turut menyatakan yang juri tetap , Aina Abdul seperti tidak menyukai dirinya dan mahukan penjelasan daripada Aina sendiri mengapa dia sering mendapat markah yang rendah berbanding perserta lain.

“ Terguris hati tu, dari minggu lepas lagi saya dapat rasa yang Aina betul-betul tak suka saya, saya rasa begitu, mungkin dari segi vokal ataupun persembahan saya betul-betul tidak tahu, jadi saya mahu dengar penjelasan dari Aina, jadi bila diumum mengenai Imuniti X saya dah tahu Aina akan pilih saya berbanding Firdaus Rahmat,” jelasnya lagi.

Namun Farhan masih akan terus menyanyi dan berusaha dengan lebih baik untuk menjadi penyanyi yang hebat serta berterima kasih kepas semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Terdahulu , Farhan berada di tangga tiga terbawah selepas gagal menambat hati juri dengan persembahan Fighter nyanyian asal Christina Aguilera.
BACA INI : Dini Dedah Punca Rahsiakan Tarikh Nikah
Semua peserta Big Stage diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai serta Aina Abdul bersama dua orang juri jemputan iaitu penaja utama program Big Stage , Aeril Zafrel dan juga Datuk Seri Rossa sebagai juri jemputan bagi minggu keenam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.