“Saya Masih Single’ – Ira Kazar

Pelakon, Ira Kazar yang dikaitkan dengan pengarah popular, Syamsul Yusof menafikan dia sudah bertunang dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Ira yang juga anak kepada pelakon popular, Kazar Saisi menjelaskan isu kontroversi itu menerusi Instagram Story.

“By the way (Selain itu) Saya masih lagi ‘single’ (solo),” katanya.

Ira adalah individu yang didakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Syamsul dan semalam, seorang pengguna Twitter mendakwa mereka sudah pun bertunang.

Semalam media melaporkan Syamsul turut menafikan dia sudah bertunang dengan Ira.

Leave a Comment

Share Artikel Ini