Saya Kehilangan Peranan Saya Di Dalam “Aquaman 2” – Amber Heard

Pelakon Amber Heard telah mengesahkan bahawa dia telah kehilangan peranannya sebagai “Mera” di dalam “Aquaman 2”. Di dalam kontrak perjanjiannya, watak itu telah dikurangkan didalam filem tersebut secara drastik.

Pelakon berumur 36 tahun itu menyatakan ketika perbicaraan yang sedang hangat diperkatakan kini diantara dia dan bekas suaminya Johnny Depp syarikat Warner Bros. Tidak mahu Amber membintangi filem sekuel Aquaman yang terbaru iaitu “Aquaman and the Lost Kingdom.”

selain itu Amber memberitahu bahawa jadualnya akan mula sibuk ketika perbicaraan akan berlangsung, tetapi setelah pasukan undang – undang Johnny Depp melancarkan kempen menentang dirinya. Dia kini telah mendapat skrip baharu dari pihak pengurusan filem tersebut.

satu hantaran Twitter oleh seorang wartawan filem, Grace Randolph. Satu laporan telah menyatakan bahawa masa tayangan Amber didalam filem sekuel tersebut kurang dari 10 minit.

Satu petisyen telah dikeluarkan oleh peminat Johnny Depp dimana mereka meminta Amber Heard keluar dari filem “Aquaman and the Lost Kingdom”. Patisyen itu kini telah ditandatangan oleh lebih dari 4.2 juta tandatangan.

“Aquaman and the Lost Kingdom” dikatakan bakal ditayangkan pada march 2023.

Leave a Comment

Share Artikel Ini