“Saya juga tidak perlu semua orang suka pada saya”,- Misha Omar

Misha Omar adalah antara penyanyi yang sudah bertahun mencipta nama dan telah mengekalkan namanya tanpa publisiti murahan yang boleh merosakkan reputasinya sebagai selebriti.

Melalui pengalamannya dalam industri tanah air , Misha mengakui dia sangat menjaga segala perkongsian mengenai dirinya dan keluarga kepada media dan orang ramai kerana tidak mahu terlibat dalam gosip yang tidak berfaedah.

Malah sudah bersedia menerima segala komen yang dituliskan buatnya apabila mengambil keputusan untuk berkongsi sesuatu di media sosial miliknya.

“Kita perlu bersedia untuk menerima sebarang komen sama ada negatif atau positif, jika tidak bersedia jangan kongsikan,” katanya.

 

Misha juga mengakui yang terkadang ada individu sengaja mencari salah selebriti demi mencari publisiti dan dia sudah arif dengan perkara tersebut sejak aktif dalam dunia seni dan media sosial.

Dua Dekad Dalam Industri

Walaupun sering mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen , Misha menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan tidak mahu mengambil serius perkara tersebut kerana ianya boleh memberikan tekanan kepadanya.

“Ada pihak yang sengaja mempersoalkan dan mencari salahnya. Selepas lebih dua dekad dalam bidang seni, saya semakin matang dengan kebebasan yang ada terutamanya di media sosial,”

 

Walaupun menerima baik pendapat yang diberikan kepadanya namun Misha mengakui dirinya tidak perlu disukai semua orang dan cukuplah segelintir peminat yang sentiasa ada serta menyokong kerjayanya sehingga kini.

“Saya hormat pendapat yang diberikan. Saya terima kata kesat orang mengenai diri saya, namun saya tak benarkan ia jadi racun dalam diri. Saya juga tidak perlu semua orang suka pada saya, cukuplah segelintir,” katanya lagi.

BACA INI :Alami Sakit Misteri , Yantzen Sukar Untuk Tidur

Misha hanya mahu orang ramai mengambil sisi positif melalui media sosial dan tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain kerana perkara seperti itu boleh mempengaruhi mental seseorang jika ianya beterusan .

Leave a Comment

Share Artikel Ini