“Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan baik,”- Elizabeth Tan

Selepas hampir 2 tahun berkahwin , Elizabeth Tan sudah lali dengan pertanyaan tentang anak namun tidak melatah dengan soalan tersebut kerana yakin dengan kehendaknya.

Lizzy mengakui dia lebih mementingkan karier seninya buat masa ini dan terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat.

Namun dia sebenarnya sudah berhasrat untuk memiliki anak dalam masa terdekat kerana sedar tentang keadaannya yang sudah berumur tetapi terpaksa melupakan hasratnya itu .

Lizzy bimbang tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama dan tawaran lakonan berkurangan selepas menjadi ibu dan tidak dapat memberikan komitmen tinggi terhadap kerjayanya.

“Saya sebenarnya amat inginkan anak lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang bakal menginjak 30 tahun. Tapi saya khuatir tak dapat bekerja untuk tempoh lama, selain tawaran lakonan yang mana mungkin berubah selepas bergelar seorang ibu nanti.

Elizebeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy juga tidak terlalu yakin dengan keputusannya itu tetapi masih perlu mengambil berat tentang orang tersayang yang berada disisinya.

“Tak pastilah apa yang patut saya lakukan selepas ini. Memang mahukan anak, tapi saya tak pasti sama ada itu adalah langkah yang betul untuk saya buat masa ini kerana masih banyak perkara yang saya mahu capai dalam kerjaya seni saya sebelum ia menjadi perlahan,” katanya.

Disebabkabn keadaan ekonomi yang semakin merundum  , Elizabeth mengakui dirinya tertekan dan dilema dengan apa yang harus dilaluinya kerana ibunya kini juga sudah berusia dan memerlukan perhatian daripadanya.

Dia juga mengakui terpaksa memikul yanggungjawab yang besar dalam membantu suami mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarganya buat masa ini.

“Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Saya sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar membantu suami mencari pendapatan untuk menanggung keperluan keluarga.

Tertekan

“Saya perlu berlaku jujur, suami saya hanya seorang houseman (doktor pelatih) yang mana pendapatannya tidaklah terlalu tinggi.

“Jadi banyak komitmen seperti tanggungan ibu bapa, bayaran rumah, kereta yang perlu saya tanggung. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa.

“Sejujurnya saya tertekan. Tapi ya, saya memang mahukan anak. Saya berharap semuanya akan okey dan berjalan seperti yang dirancang Tuhan,” katanya.

BACA INI :Ara Trauma Dicium Lelaki Tak Dikenali

Sekadar info , Elizabeth atau atau nama sebenarnya, Tan Su Mei berkahwin dengan Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam majlis tertutup dan sederhana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diperketatkan pada ketika itu.

Leave a Comment