Lah Ahmad yang sebelum ini dikatakan sudah tidak menyanyi lagi dan mula bergerak sendiri tanpa kumpulan beberapa tahun lalu , kini sudah mula aktif menyanyi dalam pelbagai acara dan majlis terbuka.
Selepas memulakan langkah dengan menerima undangan membuat persembahan dalam sebuah majlis selawat , Lah telah mendapat perhatian serta pujian daripada orang ramai.
“Alhamdulillah, Allah buka jalan sedikit demi sikit untuk saya. Mula-mula saya diundang membuka majlis dengan berselawat, kemudian saya diundang pula untuk menyanyi di majlis perkahwinan.”
“Ketika dalam fasa penghijrahan juga, saya ada buat demo untuk kumpulan InTeam tapi selepas mendengar demo lagu saya, mereka beri cadangan kenapa tidak saya saja nyanyi dan buat lagu.”
“Tapi saya tidak yakin kerana sekarang bukan lagi zaman orang jual album tetapi InTeam yakinkan saya. Menurut mereka pasaran nasyid berbeza dengan genre muzik lain.”
“Sejak itu, perlahan-lahan kerjaya saya kembali baik. Selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), rezeki saya bertambah meriah dengan undangan untuk majlis perkahwinan.”
Bukan Kejar Populariti
Lah mengakui dirinya bukanlah mengejar populariti seperti yang dimahukan oleh segelintir selebriti yang bergiat dalam dunia hiburan tetapi berkarya demi melangsungkan kehidupan sebagai anak seni .
“Apa yang saya buat sekarang ini bukanlah untuk mengejar populariti semata-mata kerana saya sudah puas dengan apa yang dikecapi selama ini, sebaliknya saya kembali berkarya hanyalah untuk jaga keluarga,” katanya.”
Bercerita tentang kerjayanya , Lah mengakui dirinya tidak mempunyai kelebihan lain selain menyanyi dan bersyukur ada rakan artis seperti Inteam yang telah memberikan sokongan kepadanya sehingga kekal menjadi penghibur sehingga kini.
Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad mengakui dirinya sebelum ini memang selesa selepas memilih untuk berhjrah kerana dikelilingi orang yang baik dan memudahkan segala urusannya.
Namun dalam masa yang sama Lah sedar yang dia masih mempunyai keluarga yang ingin disara dan telah memilih untuk memenruskan kerjayanya sebagai pengibur.
Terkini , Lah akan bersama menjayakan konsert di Sound Valley Festival 2023 yang manan ianya bakal berlangsung pada 6 dan 7 Mei dan akan menyanyikan 3 buah lagu.
LAh mengakui teruja untuk berdepan dengan penonton kerana sudah lama tidak membuat persembahan besar seperti itu tetapi sudah bersedia dari segi fizikal dan mental demi memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir.
“Semestinya saya teruja dipilih sebagai salah seorang yang bakal membuat persembahan di festival itu nanti. Apatah lagi, sudah lama saya tidak membuat persembahan solo di pentas sebegini.”
“Selain menjaga stamina, saya juga perlu menjaga kesihatan dan berpantang air sejuk menjelang acara besar begini. Tidak mahu timbul masalah pula, jadi saya memilih untuk berpantang,” katanya.
BACA INI :“Lantak la apa orang nak kata”,- Zarina Zainuddin
Selain Lah, festival itu akan turut dijayakan Aina Abdul, Boboy, Kmy Kmo, 6ixthSense, Chombi, Khalifah, X Pose, Ashtin dan XPDC.