Terdahulu , tular tentang video yang memaparkan Ismail Izzani bersama seorang wanita berpelukan dan bermesra di sebuah kelab malam di ibu kota.
Namun ismail dan keluarga megambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mahu menenangkan diri daripada gosip tersebut.
Sehingga kini , Ismail masih diasak dengan soalan yang sama sehingga dia tampil untuk membuat penjelasan tentang perkara tersebut dan tidak mahu ia dibangkitkan pada masa akan datang sehingga mengganggu keluarganya.
Isamil Izzani dengan terbuka memgakui dirinya memang sering mengunjungi kelab malam dan ianya kebiasaannya sebagai seorang remaja pada usianya.
Tak Mahu Hipokrit
Enggan bersikap hipokrit , Ismail menyatakan yang dia masih menjaga batasnya dan hanya pergi ke kelab untuk menemui kawan serta berseronok tetapi tidak berlebihan.
“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).”
“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.”
Walaupun sudah beberapa kali terlihat dan menjadi perbualan hangat ketika berada di kelab malam namun Ismail mengaku dirinya memang sering melakukan kesalahan dan itu adalah lumrah sebagai seorang manusia.
Sedar dirinya yang dikenali ramai , Ismail tidak dapat mengelak daripada menjadi sorotan media dan seringkali tersedah kepada orang ramai yang mahu mengetahui tentang hidupnya.
Namun tidak menyalahkan mana – mana pihak dan menerima segala teguran dan nasihat netizen yang sentiasa mahukan yang terbaik buat dirinya selama ini.
“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita , bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.”
BACA INI :Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka Dan Bibir Demi Kecantikan
“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” katanya lagi.
Ismail Izzani kini masih lagi aktif di media sosial dan menyanyi malah kini sedang berjinak – jinak dalam bidang lakonan yang bakal ditayangkan di televisyen dalam masa terdekat.