Gosip Artis

“Saya belum jadi suami yang sempurna tapi…” – Aliff Aziz, Bella Astillah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan ke-4

“Saya belum jadi suami yang sempurna tapi…” – Aliff Aziz, Bella Astillah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan ke-4 – Hari ini, genap empat tahun Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz melayari rumah tangga bersama. Mereka meluahkan rasa syukur setelah berjaya menempuh pelbagai ujian selama mereka bersama tujuh tahun perkenalan.

Aliff, 29, berkata, walaupun dia belum menjadi seorang suami yang sempurna, namun Allah memberkati rumah tangga mereka untuk kekal bertahan. Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang orang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 3 tahun dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai yang lalu.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama itu.

Rasa cinta mereka turut dilengkapi dengan kehadiran sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Selain itu, Aliff juga berharap pandemik Covid-19 ini akan berakhir dengan segera supaya dia dapat pulang dan bertemu dengan isteri serta anaknya.

“Saya doakan wabak ini segera berakhir. Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati datang untuk kita Insyaallah. Saya sayang awak Bella Astillah” tulisnya di laman Instagram.

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, menerusi laman Intagramnya turut meluahkan perasaan gembira serta menganggap kehidupannya kini sempurna dengan kehadiran dua cahaya mata. Bella berharap perkahwinan yang dibina ini akan kekal serta diberkati oleh Allah.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker