“Saya Akan Ditidurkan Buat Seketika..” – Sissy Iman Perlu Dibedah Segera

Semalam , penyanyi Sissy Iman telah memaklumkan kepada orang ramai yang dia akan ditidurkan buat seketika bagi menjalani pembedahan segera .
Melalui hantaran di Instagram miliknya , pemilik nama penuh Sissy Iman Mohammad Kamil turut memohon maaf dan berdoa agar urusannya itu dipermudakan serta berjalan lancar .
“Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon maaf. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan.”
“Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedure di mana saya akan ditidurkan buat seketika,” tulisnya.
Namun dia berharap orang ramai tidak bertanyakan tentang dirinya kepada ahli keluarga terdekat kerana perkara itu hanya dia yang tahu dan tidak pernah berkongsi dengan keluarganya.
“Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya menegenai maklumat lanjut mengenai perkara yang saya hadapi ini. Terima kasih semua kerana memahami,” tambahnya.
Sissy hanya berkongsi bahwa dia bakal menjalani pembedahan namun tidak menyatakan sakit yang dihadapinya dan mengakui belum bersedia unutk berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarganya .
Menjengah keruangan komen berkenaan , ramai rakan artis dan juga netizen yang menitipkan kata- kata semangat dan doa agar segalanya dipermudahkan .
Pagi tadi , Sssiy sempat berkongsi bahawa pembedahannya telah selamat dijalankan dan dia kini dalam proses pemulihan dan sedang berehat dirumahnya .

Bapa kepada Sissy , Aliff Mohammad Kamil, 59, berongsi yang dia merasa cemas dengan keputusan Sissy dan mengakui merasa sedih dan sempat menangis kerana memikirkan saki anaknya itu.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Kami sudah bawa dia balik rumah pada petang semalam. Selepas keadaannya stabil, doktor menasihati agar berehat di rumah. Cuma, selepas lima hari perlu datang semula ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya

Hanya SIssy Yang Tahu

Menurut Aliff yang mesra disapa Ayahanda, Sissy tidak berkongsi mengenai penyakit dialami hingga perlu menjalani proses pembedahan dan dia menerima baik keptusan anaknya itu.

“Soal sakit Sissy biarlah dia sendiri yang terangkan nanti. Dia seorang saja tahu sakit apa. Sebab dia pun tak beritahu dan berkongsi dengan kami. Saya ada bertanya juga, tapi dia cakap tidak ada apa-apa. Dia cakap juga jangan tanya apa-apa selain meminta jangan risau.”

“Apa yang saya tahu, sebelum ke Sabah bagi menjalani penggambaran travelog, saya teman dia pergi berjumpa doktor. Ketika itu saya di luar. Selepas itu dia cakap, doktor menasihati untuk menjalani pembedahan.”

“Jadi, semuanya macam tiba-tiba saja. Sissy sangat kuat, dia tak menangis langsung. Saya pula yang nangis,” katanya.

Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak berhenti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya itu selama di bilik pembedahan.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist