“Saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu “, – Elizabeth Tan

Pelakon jelita , Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak selepas mendirikan rumahtangga namun menerima keadaan tersebut dengan hati yang terbuka.

Malah Elizabeth menyatakan yang segalan hantaran berkenaan dirinya di media sosial sudah tidak mendapat perhatian seperti sebelum dia berkahwin .

Walaupun merasa popularitinya semakin merundum , Elizabeth merasakan perkara itu satu kebiasaan dalam dunia seni yang mana semua selebriti pasti melalui fasa yang sama dengannya.

“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun. Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.”

“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.

Buat Sidang Media

Bercerita tentang isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dalam industri , Elizabeth sempat bergurau dengan mengatakan dirinya tidak teragak – agak untuk membuat sidang media jika suaminya berlaku curang .

Malah akan menyebarkan gambar suaminya serta pasangannya kepada semua platform media sosial agar satu Malaysia tahu tentang perkara tersebut.

“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu. Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” katanya.

BACA INI :“Yang penting saya tahu anak saya selamat”, – Adam Shahz

Terdahulu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim  di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021 dan sehingga kini pasangan romantis ini masih belum dikurniakan anak.

Leave a Comment