Pengunduran Eja dalam industri tanah air pernah menjadi tanda tanya suatu ketika dahulu kerana namanya sedang berada di puncak dan sentiasa menjadi watak utama dalam setiap drama yang dilakonkannya.
Namun tidak terus menghilang tanpa khabar berita , Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin pernah memberitahu punca dia berhenti daripada berlakon adalah kerana mempunyai sebab peribadi yang tidak mahu dikongsi kepada orang ramai.
Kini Eja mengakui dia melakukan perkara tersebut kerana mahu memberikan fokus penuh kepada keluarga serta anak tunggalnya, Nur Eishal, 13.
Eja memberitahu yang dia terpaksa melupakan kerjayanya dan menjadikan keluarga sebagai cinta pertamanya walaupun merasa berat untuk melakukan perkara itu.
“Saya tinggalkan kerjaya seni saya kerana seorang anak. Saya tinggalkan semua kerjaya saya untuk keluarga.
“Seperti yang ramai tahu, saya tinggalkan industri ketika nama saya masih lagi diperlukan, masih lagi di atas. Saya ambil keputusan berehat yang begitu panjang sebenarnya, mungkin berpanjangan sehingga ke akhirnya.
“Saya anggap itu adalah satu-satunya pengorbanan terbesar yang saya buat sebagai seorang ibu kepada keluarga dan satu-satunya anak perempuan saya yang diberikan oleh Allah, Nur Eishal.
“Bila anak saya naik darjah satu, saya ambil keputusan untuk menjaga dia sepenuh masa. Sebelum itu, saya masih dalam situasi 50-50, ada kerjaya dan keluarga. Tetapi selepas Eishal naik darjah satu, keluarga adalah yang pertama dan kerjaya yang kedua.
Pada mulanya , Eja merasa sangat terseksa apabila meninggalkan bidang lakonan kerana ianya sudah sebati dengan hidupnya sebelum berumahtangga .
Bukan Senang
Malah merasa serba salah dalam membuat keputusan tersebut tetapi jiwa keibuannya lebih besar berbanding cintanya kepada bidang lakonan yang diceburinya sejak muda remaja lagi.
“Saya buat sesuatu itu (berlakon) kerana cinta dan minat bukan kerana duit semata-mata. Kalau duit pun lama-lama akan buatkan diri rasa bosan. Meskipun tahu duit diperlukan untuk beli semua. Tapi tidak segala-galanya.
“Kerjaya adalah cinta pertama saya, walaupun saya sudah tinggalkan, tapi akan ingat sampai bila-bila. Bila saya berehat dari industri lapan tahun lalu, rasa serba salah ketika itu wujud dalam diri.
“Sebab sebahagian daripada diri itu sudah hilang, bukan satu perkara yang senang.
Tidak mahu pengorbanannya dipersiakan , Eja mahu anak tunggalnya dan suaminya lebih memahami dirinya dan menghargi segala apa yang dilakukannya selama ini hingga kini.
Eja juga mengakui tugas seorang ibu bukanlah perkara yang mudah kerana ianya memerlukan banyak pengorbanan dari segala segi mental dan fizikal.
“Tugas sebagai seorang ibu bukan satu tugas yang kecil, bukan senang. Kadang kala buat sesuatu tanpa bayaran, tetapi buat atas dasar kasih sayang.
BACA INI :“Saya tak mahu pisang berbuah dua kali”,- Ajai
“Saya harap anak saya memahami, mengerti dan menghargai pengorbanan saya ini. Keutamaan lebih kepada keluarga ketika itu hingga sekarang.