Sarah Hildebrand Angkat Sumpah Sebagai Tentera Udara AS?

Sarah Hildebrand 32, baru-baru ini telah memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya dimana dia bakal menyertai tentera Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand  juga berkongsi gambar keputusan penilaian potensi dalam bidang ketenteraan. Dimana dia bakal menyertai tentera udara Amerika Syarikat.

Bukan setakat itu sahaja, Sarah juga turut memuat naik gambar sedang berjabat tangan dengan seorang pegawai berpakaian seragam tentera. Dalam hantaran tersebut dia meletakkan kapsyen

“Anything is possible..”

Selain gambar keputusan penilaiannya itu, Sarah juga memuat naik satu video dimana dia sedang mengangkat sumpah bersama dua calon lain di hadapan pegawai tentera berkenaan.

Sebelum ini, Sarah nekad meninggalkan Malaysia buat buat selama-lamanya dan berhijrah ke AS. Walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, pelakon keturunan Amerika, Jerman dan Melayu ini tetap menjadi perhatian peminat yang mengikutinya di media sosial.

Leave a Comment

Share Artikel Ini