Gosip Artis

Sandra, Peserta Big Stage 3 Terlibat Kemalangan Jalan Raya, Terima Rawatan Di Wad Kecemasan

Sandra, Peserta Big Stage 3 Terlibat Kemalangan Jalan Raya, Terima Rawatan Di Wad Kecemasan – Penyanyi dan juga peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne dimaklumkan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada petang Sabtu dan terus dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Putrajaya.

Wakil daripada syarikat rakaman Sony Music, Vea Norman ketika dihubungi berkata pihak mereka juga belum menerima maklumat penuh mengenai kemalangan tersebut.

“Ya, Sandra terlibat dalam kemalangan dan dia kini masih di wad kecemasan. Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor dan kami masih menantikannya.

Sandra masih dirawat di wad kecemasa, Hospital Putrajaya.

“Buat masa sekarang, saya belum dapat maklumat penuh macam mana kemalangan itu berlaku tapi pihak kami sedang uruskan untuk dapatkannya,” kata Vea.

Sandra yang merupakan antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker