Gosip Artis

Sandra Masih Belum Sedarkan Diri Di ICU, Dikecualikan dari Big Stage

SANDRA Masih Belum Sedarkan Diri Di ICU, Dikecualikan dari Big Stage – Penyanyi dan juga peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne yang masih belum sedarkan diri dan juga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya setelah terlibat dengan kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), petang Sabtu.

Sandra diberi pengecualian untuk tidak beraksi di Konsert Big Stage minggu keempat, malam ini. Menurut Emarina Kamal selaku Pengurus Saluran Astro Ria berkata, pihaknya amat bersimpati dengan insiden yang berlaku keatas penyanyi tersebut dan berharap semoga dia cepat sembuh.

“Kami masih menanti maklumat terbaru daripada doktor. Namun, melihat keadaan dirinya yang masih tidak sedarkan diri, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.

“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” katanya

“Pihak kami juga akan maklumkan perkembangan terkini Sandra dalam program Big Stage dari semasa ke semasa. Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini,” katanya.

Konsert Minggu Keempat Big Stage ditayangkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam ini.

Emarina berkata, tema minggu keempat konsert Big Stage adalah Baby Bash di mana setiap peserta akan menyanyikan lagu mengikut tahun kelahiran mereka.

“Sepatutnya konsert malam ini Sandra akan mengalunkan lagu Nuri nyanyian asal Ella. Apapun saya dan seluruh pasukan produksi Big Stage memohon doa peminat dan seluruh rakyat Malaysia supaya Sandra segera sembuh,” katanya.

Kemalangan yang membabitkan penyanyi yang popular dengan lagu Hey Kau itu dipercayai berlaku semasa dia dan sepupunya dalam perjalanan ke PICC untuk latihan penuh konsert Big Stage, semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker