Demi menjaga keselamatan diri dan keluarganya seorang selebriti Bollywood terkenal Salman Khan telah mengambil langkah berjaga-jaga setelah bapanya Salim Khan menerima surat ugutan ketika dia sedang beriadah disebuah taman yang biasa dia kujung.
Salman Khan dikatakan telah membeli sebuah kereta jenama Toyota Land Cruiser yang berharga kira-kira RM850,000 dan bukan itu sahaja Salman Khan juga dalam berusaha mendapatkan lesen senjata api.
Menerusi laporan media tempatan, Salman dilihat hadir ke Balai Polis Mumbai bagi menjalani ujian sebelum mendapatkan lesen senjata api.
kereta jenama Toyota Land Cruiser berkenaan dilengkapi dengan ciri-ciri khas sebagai sebuah kenderaan kalis peluru.
Sebelum ini kematian penyanyi rap Sidhu Moosewala yang ditembak oleh kumpulan Lawrance pada Mei lalu. Dikatakan surat ugutan yang diterima oleh bapa Salman Khan juga dari kumpulan yang sama.