HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Sakit Sejak Kecil Hingga Elizabeth Tan Alami Masalah Keguguran Rambut Yang Teruk

admin by admin
November 26, 2022
in Gosip
0 0
0
Sakit Sejak Kecil , Elizabeth Tan Alami Masalah Keguguran Rambut Yang Teruk
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi dan pelakon terkenal , Elizabeth Tan baru – baru ini berkongsi bahawa dirinya menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menjelasakan yang dia mula berdepan dengan masalah alopecia sejak 2018 dimana berlaku tompokan botak pada bahagian kepalanya namun masih ada rambut lain yang menutupi tompokan tersebut.

“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia.”

“Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.”

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.

Sedih dan Tertekan

Lizzy mengakui merasa tertekan namun tidak pernah mendedahkan penyakit yang dihidapinya kerana tidak mahu meraih simpati daripada orang ramai.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.”

“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” katanya.

Disebabkan penyakit tersebut , Lizzy tidak pernah memotong rambut hingga pendek malah mengelak dengan menolak tawaran untuk membintangi sebarang filem yang memerlukan dia memotong rambut seperti lelaki.

BACA INI : Ada Cecair Terkumpul , Badan Mafarikha Terpaksa Ditebuk

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist