Selebriti terkenal Tik Tok , Ryan Bakery pagi tadi sekitar jam 11 pagi telah selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya , Elyia Ibrahim .
Pasangan itu yang bertunang pada 22 Mei 2022 lalu telah laman ingin melansungkan perkahwinan dan berkesempatan untuk mencapai impian itu hari ini.
Rakan serta adiknya turut hadir dan berkongsi momen indah itu di media sosial mereka secara siaran langsung dan bergembira dengan pernikahan tersebut.
Jatuh Dan Bangun
Ryan yang terkenal dengan gelagat lucunya itu mengakui dirinya memilih isterinya itu kerana sentiasa bersamanya sejak dari dahulu sehingga kini dan menjadi pendamping yang setia kepadanya.
“Setelah lima tahun berkawan. Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1 Oktober 2022 Elyia Ibrahim telah sah menjadi isteriku.
“Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke syurgaMu. Amin,” tulisnya.
Pemuda berusia 27 tahun itu sempat juga berkongsi gambar dengan isterinya dan mendapat banyak komen positif dan doa daripada pengikutnya dari Tik Tok dan juga Instagram.
BACA INI : Ashira Akui Sedang Bahagia Dengan Pasangan Baru
Rakan selebriti Tik Tok juga turut hadir di majlis pernikahannya walaupun hanya diadakan sederhana dan tertutup demi menjaga privasi kedua belah keluaraga.
Mereka yang dilihat sedondon berbuasa warna puith kelihatan bahagia dengan majlis tersebut yang dihiasi dengan pelamin mewah serba putih dengan bunga – bungaan.
Ryan Fahmi Bakery atau senang dipanggil Ryan berterima kasih dengan ucapan daripada peminat dan bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar namun tidak berkongsi bilakah majlis resepsi dan dimana ia akan dilangsungkan.