Rumah Agam ‘The Conjuring’ Dijual Pada Harga RM6.6 Juta

Sebuah rumah agam yang didakwa pernah menjadi ‘lubuk’ beberapa peristiwa seram dilaporkan akan dijual pada harga $1.5 juta (RM6.6 juta).

Memetik laporan The Indian Express, rumah yang dibina pada tahun 1736 itu terletak di kawasan terpencil seluas 8.5 ekar, iaitu 40 minit dari bandar Providence di Pulau Rhode, Amerika Syarikat..

Difahamkan, rumah tersebut telah dijual oleh Jenn dan Cory Heinzen. Mereka pula dikatakan telah membeli rumah itu pada 2019 daripada Andrea Perron..

Keluarga Perron yang tinggal di rumah itu antara tahun 1971 dan 1980 telah mendakwa bahawa mereka pernah mengalami banyak perkara ghaib..

Mereka juga didakwa telah meminta bantuan penyiasat paranormal, seperti yang digambarkan di dalam filem The Conjuring..

Kini, rumah itu dimiliki seorang pemaju hartanah yang tinggal di Boston, Jacqueline Nuñez..

Seperti yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal, Jacqueline berharap agar boleh bekerjasama dengan Perron dan menggunakan rumah itu sebagai ‘pusat pembelajaran’ di mana pihak yang berminat boleh ‘berhubung dengan roh’..

“Ini adalah pembelian yang sangat peribadi untuk saya. Apabila ia memasuki pasaran, saya kata ini adalah harta yang membolehkan orang ramai bercakap dengan orang mati,” katanya..

Tambahnya lagi, dia akan menganjurkan acara di rumah itu bersama keluarga Perron..

“Saya tidak takut dengan rumah itu, anda boleh tanya saya semula pada tahun depan,” katanya..

Leave a Comment

Share Artikel Ini