Riezman Khuzaimi Terpaksa Gunakan Pendakap Leher Sehingga Hari Ini

Pelakon yang cukuo terkenal dengan kebolehan dalam membawakan pelbagai watak , Riezman Khuzaimi berkongsi yang dia terpaksa bergantung kepada pendakap leher sehingga ke hari ini kerana penyakit slip disc yang dihadapi sejak bulan lalu.

Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, mengatakan yang dia mula mengesan penyakit tersebut apabila dia merasa sakit pada bahagian tengkuk ketika bangun dari tidur.

“Saya mula menyedari sakit ini seminggu selepas puasa. Ketika saya nak bangun bersahur tiba-tiba tangan sebelah kanan saya terasa kebas dan tak boleh rasa apa-apa.

Tidak Boleh Dibedah

Dia pada mulanya menyangka perkara tersebut adalah biasa namun mengambil inisiatif untuk pergi ke klinik dan kemudian ke hospitasl untuk rawatan lanjut kerana bimbang ianya serius.

“Pada mulanya, saya sangka cuma sakit saraf biasa jadi saya pergi ke klinik. Kemudian saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor sahkan saya mengalami slip disc,” katanya.

Setelah disahkan mengalami slip disc , Riezman merasakan ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku yang berkemungkinan daripada aktiviti harian yang mana dia sering menunduk ketika melihat telefon bimbit dan selalu menghadap skrin komputer.

Disebabkan penyakit tersebut , Riezman meminta pendapat daripada doktor dan dinasihatkan agar tidak melakukan pembedahan kerana ianya akan membahayakan nyawa sehingga menyebabkan keadaan tubuh bertambah teruk jika pembedahan dilakukan .

Bercerita tentang sakit yang dihadapinya , dia mengakui perkara tersebut menyebabkan kestabilan emosinya sedikit terganggu dan menjadkan dirinya sebagai seorang yang pemarah.

Malah keadaaanya yang perlu memakai pendakap leher menyebabkan dirinya erbatas dalam melakukan sebarang aktiviti harian sehingga dia terpaksa melupakan unutk melakukan akktiviti yang tidak dibenarkan agar tidak cedera dengan lebih teruk pada masa akan datang.

BACA INI :“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Che Ta” – David Teo

“Saya cepat merasa tertekan dan mudah jadi marah sejak kebelakangan ini , keadaan ini turut membataskan aktiviti harian yang biasa dilakukan. Sekarang banyak aktiviti yang terpaksa saya tukar,” katanya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini