Pelakon veteran yang berbakat besar , Wan Maimunah mendedahkan dirinya sering mendapat bayaran yang tidak setimpal dengan hasil kerjanya namun hanya menerima segalanya dengan hati terbuka kerana beliau masih mahu berlakon demi meneruskan hidupnya.
Beliau sangat layak mendapat bayaran yang lebih tinggi kerana terkenal sebagai pelakon yang menjiwai watak dan mampu memberikan kesan mendalam kepada penonton dengan karyanya .
Dikenali sebagai dramatis airmata , Wan Maimunah mengatakan bahawa terdapat segelintir produksi turut bersikap culas semasa membuat pembayaran sehingga beliau terpaksa ‘menggemis’ bagi mendapatkan haknya sebagai pelakon.
“Biasanya ibu memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa tetapi itu pun ada yang liat hendak bayar sampai terpaksa meminta-minta.”
“Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.”
Walaupun merasa teraniya dengan perkara yang berlaku namun Wan Maimunah tidak kisah tentang bayaran yang diberikan dan berserah kepada Allah tentang rezekinya.
“Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah,” katanya.
Teraniaya
Wan Maimunah juga berharap agar penerbit lebih peka dan turut serta dalam hal pembayaran agar tiada pelakon tambahan atau pelakon sepertinya tidak teraniaya kerana sikap tidak bertanggungjawab produksi yang terlibat.
“Ibu merayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya.”
Sering mendapat layanan seperti itu , Wan Maimunah lebih memilih untuk memaaflan dan mengahalalkan segalanya kerana tidak mahu membuka aib dan memburukkan pihak yang terlibat.
“Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tidak mahu buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya,” katanya.
BACA INI : Cedera Selepas Dipaksa Buat ‘Stunt’ , Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan
Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz atau lebih senang digelar ibu bakal mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat dan ianya ditaja penuh oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.