Mona Allen pernah ditegur peminat gara – gara berat badannya semakin naik selepas melahirkan anak namun dia memilih untuk tidak melatah malah merasa bangga kerana mampu menyusukan anaknya sepenuhnya.
Dalam satu perkongsian terbaru di Ig miliknya , Mona bercerita tentang jihadnya dalam menyusukan anak pertamanya itu dan merasa puas kerana tidak memerlukan bantuan susu formula setakat ini .
Dia juga berkongsi bahawa dirinya sentiasa bersedia berkorban dan telah mencuba pelbagai perkara agar anaknya mendapat susu yang cukup walaupun ketika dia sibuk bekerja.
Mona mengaku dirinya tidak kisah jika perlu makan dengan banyak dan tidak menjaga badan asalkan susu buat anaknya mencukupi agar tidak mengganggu pertumbuhan anaknya.
Malah merasa bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan sehingga dia tidak terlalu lelah memikirkan perkara tersebut.
“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa.
BACA INI : Suami Kepada Wanita Yang Dapat Hadiah Motor Daripada Ebit Lew Tampil Beri Penjelasan
“Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan. Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dengan mummy,” tulisnya.
Sukar Tapi Tak Mengapa
Walaupun sukar untuk mengekalkan susu yang banyak dalam badan namun dia tetap bersungguh melakukan pelbagai cara dan petua agar kekal sihat dan dapat menyusukan anaknya dengan tenang.
Melalui hantaran tersebut , Mona turut mendoakan serta memberikan kata-kata semangat kepada semua ibu yang menyusu di luar sana agar tidak berputus asa .
Sekadar info , Mona Allen mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.