“Rambut Perang, Kulit Macam Mat Saleh’ – Peminat Teruja Neelofa Hampir Dedahkan Wajah Bilal

SELEBRITI popular, Noor Neelofa hampir mendedahkan wajah penuh anaknya Muhammad Bilal dalam sebuah video.
Video yang dimuat naik ke Instagram (IG) Stories miliknya itu telah menjadi tumpuan selepas pemilik akaun peminatnya @lofa.world memuat naik kembali ke akaun IG mereka.
Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.
First finger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.
Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mendedahkan wajah anaknya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.
Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan.
Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.
“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya.
“Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.
“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen.
Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai.

Leave a Comment

Share Artikel Ini