Ramai Tak Puas Hati Dengan Isteri.Saya Perlukan Bantuan! – Kata Caprice

Penyanyi rap Caprice memaklumkan isterinya, Farra Inalis kerap diganggu dengan panggilan pada tengah malam biarpun sudah beberapa kali diubati ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Caprice atau pemilik nama penuh Ariz Ramli menerusi perkongsian di Instagram memuat naik rakaman video isterinya, Farra Inalis, 27, sedang tidur sambil dipasang ayat ruqyah dia telefon pintar.

“Sudah beberapa kali ustaz datang mengubatkan isteri. Baru-baru ini ada pula tiga individu yang berani menelefon di tengah malam dan mengganggunya.

“Secara jujur saya sudah penat berdepan dengan semua ini. Mana lagi mahu menghadap bisnes yang diusahakan dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, selepas itu hendak sambung hadap benda bukan-bukan sehingga 4 pagi pula.

“Tidak tahu berapa ramai yang tidak berpuas hati dengan isteri. Saya perlukan bantuan,” kata Caprice.

Pada 15 November tahun lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.

Tambahnya, dia tidak menyangka ujian selepas melayari bahtera perkahwinan lebih berat berbanding dulu. Kata Caprice disebalik senyuman mereka, pasangan itu telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran hidup sejak 7 bulan lalu.

“Sebelum ini saya menyangka selepas kahwin ujian pasti akan berkurangan berbanding dulu.

“Disebalik semua senyuman, ‘filter’ dan video yang dimuat naik, sebenarnya untuk tujuh bulan yang lalu saya melalui banyak perkara baru.

“Bukan itu saja, malah dalam pada itu saya harus membantu isteri berdepan perkara-perkara begini,” katanya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini