Raja Ilya yang berkahwin dengan suaminya Trent Garrett pada 23 Disember 2018 baru-baru ini berkongsi keputusan bahawa dia memilih untuk bersalin di dalam air.
Dia memberitahu, di Australia terdapat beberapa pilihan ditawarkan. Ibu-ibu yang ingin melahirkan anak boleh memilih secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain kaedah lagi.
“Di sini ada pilihan kalau nak bersalin secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain. Jadi, saya dan suami merancang kaedah melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital.”
“Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini”
Menurut dia lagi, proses permohonan kaedah tersebut perlu dibuat lapan bulan sebelum tarikh bersalin. Kaedah tersebut juga memerlukan mereka melalui proses temuduga terutama dari sudut kesihatan dan jarak dari rumah.
“Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah”
“Tapi, sejak penularan Covid-19 ini, saya hanya mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa ilmu yang ada berkenaan keibu bapaan saya pergi saja”

Pelakon tersebut turut berkongsi tentang persediaan berpantangnya nanti. Bakal ada seorang warga Malaysia yang tinggal di sana yang akan membantunya.
Selain dari itu, dia juga berharap badannya tidak meragam sewaktu tarikh ‘due’ yang dijangka pada bulan Julai yang mana ia merupakan musim sejuk di sana.
“Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti”
“Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam”
“Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia”