Terbaru , Raja Afiq telah tampil menepis dakwaan tentang dirinya yang dikatakan telah mengambil dadah dan memukul isterinya selama tidak bekerja.
Kenyataan tersebut telah tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa Raja Afiq sudah kurus kerana mengambil barang terlarang.
Afiq sememangnya kurus dan sering berkongsi perkembangan dirinya di media sosial semenjak dirinya berisi sehinggalah dirinya kurus seperti hari ini.
Malah dia juga dikatakan sudah lama tidak bekerja kerana tidak mendapat sebarang tawaran berlakon setelah berkahwin dan ditanggung sepenuhnya oleh isterinya yang bekerja .
Tidak hanya mahu mendiamkan diri , Raja Afiq tampil menafikan tuduhan tersebut dan bakal mengambil tindakan kepada individu tersebut kerana menyebarkan fitnah dan cuba merosakkan namanya.
Disihir Bukan Ambil Dadah
Walhal sebelum ini Afia pernah menceritakan bahawa dirinya pernah disihir dan itu yang menyebabkan dirinya mengalami pengurangan berat badan secara berlebihan dalam masa yang singkat.
Afiq juga menjelaskan yang dirinya tidak mungkin mengambil barang terlarang seperti itu kerana dirinya juga tidak pernah merokok sebelum ini maka perkara itu mustahil baginya.
“Sebelum ini saya ada keluarkan cerita disihirkan jadi mungkin orang yang sama lakukan iaitu orang yang sihir itu, kami tak mahu tuduh sesiapa cuma boleh fikir logik akal sebenarnya.”
Malah dia mengakui dirinya hanya menjalani kehidupan harian seperti biasa seperti bersukan dan menjaga cara pemakanan yang berkualiti sehingga menjadi kurus seperti sekarang.
“Hisap dadah apanya, saya ni hisap rokok pun tidak tau, saya cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.”
Terkesan dengan tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut , Afiq mengaku merasa terganggu dan tidak akan memaafkan individu tersebut kerana telah mengganggu kehidupan peribadinya dan keluarga sehingga menyebabkan salah faham.
Afiq juga mencabar individu tersebut agar mengemukakan bukti tentang pertuduhan yang dikatakan tersebut agar perkara itu dapat disahkan jika benar dia mengambil dadah.
“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu dan saya tak maafkan individu terbabit , jumpa la dekat akhirat nanti,” katanya.
Bukan itu sahaja , isteri kepada pelakon itu , Soffwany Yusoff turut tampil membela suaminya dan mengaku bahawa dirinya ikhlas menanggung kehidupan suaminya itu kerana tidak suaminya mengalami gangguan sihir sehingga tidak mempunyai kerja.
Soffwany turut menegaskan yang tidak salah dirinya untuk berkorban buat suaminya tercinta kerana perkahwinan adalah unutk berkongsi dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Bukan satu kesalahan kerana kita suami isteri. Kita berkahwin untuk saling membantu, melengkapi , bukan saling membebani satu sama lain,” katanya.
BACA INI :“Ambil gambar senyum dengan gigi palsu ,jari tunjuk atas , macho ke pukul wanita ,” Farid Kamil