Setelah lama tidak muncul di kaca televisyen sejak mendirikan rumhatangga , kini penampilan terbaru pelakon jelita , Zizie Izette Abd Samad, 44, telah mencuri perhatian ramai .
Melalui perkongsian di Ig miliknya , dia dilihat sangat bahagia dengan penampilan terbarunya sehingga ramai yang memuji kecantikannya walaupun sudah mempunyai anak yang ramai.
Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin kelihatan sangat berbeza daripada wajahnya yang dulu dan semakin kurus dengan bentuk badan yang langsing.
Malah ramai juga yang bertanyakan tentang tips kecantikkan dan langsing daripada pelakon itu kerana mahu cantik dan kurus seperti Zizie.
Namun tidak kurang juga yang berfikiran negatif dan mengatakan Zizie menjalani pembedahan pada wajahnya kerana mahu kelihatan lebih cantik dan berdagu runcing .
Zizie dilihat sentiasa menjaga penampilannya dengan kekal bergaya dengan busana yang menarik dan cantik tidak kira dimana pun dia berada.
Tak Peduli Tentang Orang Lain
Dia juga mengakui selesa dengan keadaanya kini dan sudah tidak mahu memikirkan tentang pandangan orang lain terhadapnya kerana lebih memilih untuk lebih tenang pda usia yang sudah meningkat kini.
“Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal. Kalau tak suka, itu masalah kamu.
“Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,” katanya.
BACA INI :“Inilah Diri Saya Yang Sebenar,”- Alya Iman Tidak Lagi Berhijab
Sebelum ini , ibu kepada lima anak itu sudah mencuri perhatian ramai apabila muncul dengan wajah yang berbeza sejak awal tahun ini meskipun tidak lagi berhijab.